Yezzaa! kad Kasih Rakyat ku sudah siap!Apa eh kad kasih rakyat ni?Meh sini me nak terangkan.Ok Kad Kasih Rakyat ni adalah untuk Takaful Kemalangan Diri.Sebagai perlindungan tambahan jika berlaku kemalangan pada kita.
Contohnya : Macam kita yang selalu drive hari² gi keje elok sangatlah amik Kasih Rakyat ni.Tak nak amik sebab dah ada plan lain?Tak pe walau banyak mana takaful lain korang ada korang boleh claim jugak kalo terjadi musibah(memang kita tak minta tapi sebagai perlindungan)
Kenapa me cadangkan Kasih Rakyat?
-Korang hanya perlu bayar RM50 setahun.Kalo terjadi apa² pada kita, family kita akan dapat jugak sumbangan.
-Kalo tak jadi apa²???Janganla rasa rugi pulak dengan melabur RM50 setahun! Anggap je kita sedekah dan membantu orang yang menimpa musibah.Kalo nak tunggu kita sedekah dalam setahun memang susah la kan betol tak?Anggap je if kita pulak menimpa musibah orang yang tolong kita.
Kenapa orang selalu bagi alasan tak nak amik insurans??
Duit gaji sikit masih tak cukup untuk bayar insurans..bla..bla.
Kalau gaji kita bawah RM1200, memangla kita tak mampu nak bayar macam².Kalo gaji dah RM2000 rugila kalo kita nak ketepikan benda penting macam ni.Sebabnya kita sibuk pikir kasut, baju and alat make up dan handbag bulan2.
Tak da penyakit
Ye..me pon penah terfikir macam ni jugak.Keluarga aku tak de penyakit merbahaya so aku pon dah tentu tak de penyakit.Giler berlagak kan??Kalo Allah nak kasi ujian tetiba kita pergi dahulu??fuhh memang tak da la back up untuk family kita bila kita tak de.
Orang lain yang akan ditimpa musibah
Kadang² kita fikir, buat apa aku nak maik insurans?aku tak kan ditimpa musibah punya la sewaktu memandu, orang lain yang akan kena.. perghh! ayat berani mati ni.Boleh tahu pulak sepanjang hayat kita takkan kena musibah atau kecelakaan.mati disebabkan usia je.hehehe
Insurans Company sudah ada la..
Tahu ke sampai bila nak keje situ?mana tahu satu hari nanti kita dah tak keje situ?Banyak ke dia cover?setahu me kebanyakkan company hanya cover sikit² je.Tak rugi tambah takaful Kasih Rakyat, masuk hospital jangan risau Kasih Rakyat ada faedah tunai harian.
Tak rugi pon kalo kita bayar RM50 setahun.Kalo nak amik Plan Takaful yang kena bayar mahal memang bukan semua orang mampu yela kita nak bayar sewarumah, motor, kereta, makan&minum, yuran pengasuh, pampers, susu anak dan ibu bapa.Tapi kalo terjadi kemalangan² diri pada kita seperti yang tertera sekurang²nya kita ada perlindungan.
Yang berminat nak tengok rupa kad Kasih Rakyat??
Ini kadnya.Dekat kad ni ada tulis tarikh mula dan tarikh tamat, maknanya cukup setahun korang kena bayar lagi RM50
kad belakang ni pon ada tertera manfaat perlindungan yang diberi
hanya dengan mengisi borang Kasih Rakyat ini
ANDA BERMINAT???
(Takaful Kemalangan Diri) hanya RM 50 setahun!!!!!
Produk ini direka khas bagi memenuhi kehendak semua pihak
Kad Kasih Rakyat merupakan Sijil Takaful
Diperlukan mengisi borang yang mudah yang hanya mengandungi :-
-Nama.
-No. K/P
-Alamat dan No. untuk dihubung
Nama Peserta, No. K/P dan Tempoh Takaful akan dicatat di Kad
KELAYAKAN
-24 JAM DISELURUH DUNIA (BAGI WARGANEGARA MALAYSIA) ATAU HANYA DIDALAM MALAYSIA (BAGI BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA)
-BERUMUR DARI 16 HINGGA 60 TAHUN, PEMBAHARUAN SEHINGGA 65 TAHUN
-SIHAT TUBUH BADAN DAN TIDAK MENGALAMI SEBARANG KECACATAN
PENGECUALIAN AM
-Perlindungan terhad selepas waktu kerja bagi kakitangan beruniform
-1 Kad sahaja bagi setiap pemohon
-Pemohon yang mengalami kecacatan dikehendaki supaya mengiystiharkan kecacatan mereka
SEBAHAGIAN PENGECUALIAN
-Peperangan, Perang Saudara
-Membunuh Diri, Kecederaan Yang Disengajakan
-Penyakit Termasuk Demam Denggi dan Malaria; AIDS, STD
-Mengandung Dan Komplikasi Yang Bersabit.
-Pembunuhan & Serangan Yang Didorong
-Anak kapal.
-Melanggar Undang-Undang
-Sukan Profesional, Seni Mempertahankan Diri, Aktiviti Udara, Berlumba.
-Radioaktif Dan Bahan Senjata Nuklear
-Bermotosikal Tanpa Lesen
Rm 50 setahun???
FAEDAH-FAEDAH UTAMA
RM30,000.00Bagi kemalangan yang mengakibatkan : Lumpuh dari bahagian leher kebawah, atau kehilangan akal sepenuhnya.
RM30,000.00
Perlindungan maksima bagi kehilangan fizikal atau hilang upaya kekal.
RM20,000.00
Bagi kematian akibat :
Kemalangan kenderaan
Pembunuhan atau serangan
Mogok, rusuhan atau kekacauan awam atau rampasan
Keracunan makanan dengan tidak sengaja
Lemas atau kegagalan pernafasan
akibat asap atau gas beracun dengan tidak sengaja
Dipanah petir
Pendedahan Dan kehilangan
RM10,000.00
Faedah tambahan - semasa didalam perjalanan
sebagai penumpang yang membayar tiket(berlesen utk membawa penumpang).
RM3,000.00
Khairat kematian dibayar diatas tambahan jumlah pokok kematian semua sebab.
kelayakan manfaat bermula selepas 6 bulan dari tarikh berkuatkuasa perlindungan bagi kematian selain daripada kemalangan.
FAEDAH-FAEDAH TAMBAHAN
Sehingga RM900 setiap kemalangan
Setiap kemalangan Faedah tunai kemasukan hospital-faedah harian bagi kemasukan hospital maksima sehingga 30 hari (RM30 setiap hari)
RM500.00
Untuk pembelian kerusi roda,tangan,atau kaki palsu dan topang
RM250.00 setiap kemalangan
Bayaran balik amaun pengeluaran ATM secara ugutan
RM200.00 setiap kemalangan
Bayaran balik caj yang dilevi oleh hospital atau syarikat ambulan swasta
RM150.00 setiap kemalangan
Gantian dokumen yang hilang akibat diragut
PROSEDUR TUNTUTAN
(a) Kematian/Pengebumian/Khairat Kematian
Borang diperlukan :
-Borang tuntutan yg telah lengkap diisi
-Laporan Polis
-Sijil Kematian
-Laporan Bedah Siasat(jika diperlukan)
-Surat Izin Pengebumian
-Salinan Kad Pengenalan
-Bill Biaya Pengebumian
(b) Hilang Upaya Kekal:
Borang yg diperlukan :
-Borang tuntutan yg telah lengkap di isi
-Laporan Perubatan
-Bill Perubatan asal
-Salinan kad pengenalan
-Gambar menunjukkan anggota yg telah diamputasi
(c) Fi ambulan :
Borang yg diperlukan :
-Borang tuntutan yg telah lengkap di isi
-Bill Perubatan asal
-Resit asal
-Salinan kad pengenalan
(d) Pengeluaran ATM
Borang yg diperlukan :
-Borang tuntutan yg telah lengkap di isi
-Laporan Polis
-Penyata Bank/Pengesahan
-Salian kad pengenalan
SEBAHAGIAN PENGECUALIAN UTAMA
Hanya pengecualian biasa seperti peperangan atau tindakan musuh asing, sengaja mencederakan diri sendiri, bunuh diri, tidak siuman, penyakit, AIDS, pengambilan dadah, kehamilan dan kelahiran anak, melakukan perbuatan yang menyalahi undang2, sukan profesional, memandu atau membonceng disemua jenis perlumbaan, memandu pesawat kecuali sebagai penumpang yang membayar tambang, memburu, mabuk, sukan mempertahankan diri, luncur air, selam scuba atau mendaki gunung.
SOALAN YANG KERAP DITANYA
S- SIAPAKAH LAYAK MEMILIKI PELAN INI?
J- SEMUA Warga dan bukan warga malaysia berusia diantara 16 hingga 65, sihat tubuh badan tidak mengalami sebarang kecacatan fizikal layak mendaftar, walaubagaimanapun, mereka yg melibatkan diri dengan pekerjaan yang merbahaya seperti sukan profesional, perkhidmatan tentera sepenuh masa, pekerjaan di persisiran, penyelam lautan dalam, pembalakan dan yang terlibat dengan bahan letupan boleh diterima tetapi perlindungan hanya semasa luar kerja.
S- BILAKAH PERLINDUNGAN SAYA AKAN BERMULA?
J- Perlindungan akan bermula pada tarikh anda membayar caruman dan kad KASIH RAKYAT akan dikeluarkan kepada anda.
S- ADAKAH SEBARANG SEKATAN GEOGRAFI ATAU WILAYAH?
J- Perlindungan 24 jam,365 hari seluruh dunia bagi warganegara Malaysia dan terbatas di Malaysia sahaja bagi yang bukan warganegara Malaysia.
S-ADAKAH PELAN KASIH RAKYAT TETAP AKAN MEMBUAT BAYARAN SEKIRANYA SAYA MEMPUNYAI INSURANS YANG LAIN?
J- Sudah tentu! pelan KASIH RAKYAT membayar selain daripada polisi lain yang mungkin anda miliki.
S- JIKA TERDAPAT SEBARANG TUNTUTAN, KEPADA SIAPAKAH FAEDAH AKAN DIBAYAR?
J-Kematian akibat kemalangan dan khairat kematian akan dibayar kepada waris anda,lain-lain perbelanjaan yang dikenakan akan dibayar balik kepada anda.
S- BERAPA LAMAKAH TEMPOH PERLINDUNGAN SAYA?
J- Perlindungan anda akan berterusan selagi anda memperbaharui keahlian anda, masih dalam usia yang ditetapkan dan berterusan membayar caruman tahunan. Anda boleh membatalkan perlindungan anda pada bila2 masa sahaja dengan memaklumkan secara bertulis kepada AG Agencies Sdn Bhd atau MAA Takaful Berhad.
S-SIAPAKAH PENGURUS TAKAFUL INI?
J- Skim Kad KASIH RAKYAT ditanggung sepenuhnya oleh MAA Takaful. MAA Takaful adalah hasil daripada usahasama yang strategik di antara MAA Holdings Berhad dan Solidarity Company BSC (C) Bahrain, iaitu salah satu syarikat takaful yang terbesar di dunia Arab. Ditubuhkan pada 1 julai 2007 dengan modal berbayar sebanyak RM100 juta beroperasi sebagai Pengendali Takaful Komposit dan mempunyai kekuatan agensi melebihi 25,000.
Berminat? Hanya emelkan salinan i/c(scan) dan nama pewaris kepada atos_brashian@yahoo.com dan membuat bayaran RM50 + RM3 pos ekpress. Call/sms 017-5098293 (firdaus) untuk maklumat lanjut..
boleh join ni. :)
ReplyDeleteboleh..lagi cepat anda sertai, lagi cepat perlindungan keatas diri anda bermula :)
ReplyDelete